Zuliana & Shahrul, pasangan pengantin di Melaka yang masih mengekalkan adat orang-orang Melaka.. Bak kata nenek aku, memang orang Melaka suka bersanding tukar-tukar pakaian. Ya, betul lah tu.. bila tengok Zuliana berpakaian Melayu, Cina dan India, terasa betapa majmuknya negara kita.
Tetamu yang hadir di majlis mereka pun pelbagai bangsa. Pasti tetamu Cina dan India rasa tertarik apabila Zuliana mengenakan pakaian budaya mereka. Menarik kan?
Inilah kelainan dalam siri penggambaran SM. Pengalaman menarik begini membuatkan kami lebih menghargai adat dan budaya setempat. Tahniah Zuliana & Shahrul atas perkahwinan kalian.
Quote:
Gambar hantaran disusun rapi membentuk kolaj yang kemas dalam album eksklusif SM. Selain pengantin, kami juga memaparkan gelagat ibubapa pengantin dalam melayani tetamu. Album eksklusif SM pasti membuatkan anda berpuas hati dengan gaya tersendiri SM dalam menyunting gambar-gambar anda.